BLOGGER

BLOG INI DIBANGUNKAN OLEH D20112053638 (AZIZUL BIN ASI), D20112054033 (HAFIZA AISHA BT HELMI) dan D20112055789 (SAUDY BIN UJI)

Friday 23 November 2012

Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Islam

Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pendidikan Islam

DOA UNTUK PALESTIN



MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA..



YA ALLAH YA TUHANKU KAU BERIKAN PERTOLONGNGAN KEPADA UMAT ISLAM DI PALESTIN SESUNGGUNYA MEREKA DIANIAYAI OLEH YAHUDI LAKNATULLAH. YALLAH ENGKAU MUSNAHKAN YAHUDI DENGAN SEDASYAT-DASYATNYA SEPERTI MANA ENGKAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL UNTUK MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN. AMIN...

TOLONG SHARE SEMOGA DOA SAUDARA SEMUA DAPAT MENOLONG SAUDARA KITA DI PASLESTIN .

Tuesday 20 November 2012

6 lagi mangsa korban Zionis






Menteri luar Arab, Turki ke Gaza beri sokongan kepada Hamas
 Bandar Raya Gaza: Enam lagi penduduk Palestin terkorban dalam serangan di Gaza pagi semalam, selepas malam yang tenang buat kali pertama sejak serangan Israel tujuh hari lalu, kata jurucakap perkhidmatan ambulans. “Enam penduduk mati syahid dalam dua serbuan di kawasan Mughraqa di selatan Bandar Gaza dan yang ketiga terkorban di Beit Lahiya,” kata Adham Abu Selmiya. Beliau berkata, korban terbaru dikenali Abdel Rahman Hamed yang terbunuh di Safina dan Mohammed Badr yang terkorban dalam serangan di Deir al-Balah di tengah Gaza. Kematian terbaru meningkat angka kematian di pihak Palestin kepada 116 orang dengan mereka yang cedera lebih 920 orang.

Sokong usaha Mesir
 Semalam, 10 menteri luar negara Arab dan Turki, menyeberang ke Gaza bagi menyatakan sokongan padu kepada wilayah Palestin ditadbir Pergerakan Hamas. Lawatan itu dirancang pada mesyuarat tergempar Liga Arab di Kaherah Sabtu lalu, ketika negara Arab menyatakan sokongan kepada usaha Mesir untuk melaksanakan gencatan senjata antara Israel dan Palestin. “Menteri berkenaan adalah dari Mesir, Maghribi; Palestin; Iraq; Sudan; Qatar; Lubnan; Jordan dan Turki. Mereka diiringi pemimpin Liga Arab, Nabil Elaraby,” kata sumber pertubuhan itu. Sementara itu tentera Israel berkata, ia menyerang kira-kira 100 sasaran di jaluran pantai pada waktu malam, menggunakan pesawat, kapal perang dan meriam. Perkhidmatan kecemasan Palestin berkata serbuan itu merosakkan Bank Islam Nasional yang ditubuhkan kerajaan Hamas. “Sebuah institusi kewangan yang digunakan Hamas untuk membantu aktivitinya menjadi sasaran tentera Israel di utara Semenanjung Gaza,” kata kenyataan tentera.

Rumah di bom
Kementerian dalam negeri Palestin dan saksi juga memberitahu AFP bahawa serangan itu mengenai rumah beberapa pemimpin militan, termasuk Raed Aatar, seorang komander kanan dalam sayap senjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam. Rumah Abu Anza, seorang pegawai Qassam di Khan Yunis, juga dibom bersama pejabat Jihad Islam di bandar sama selatan Gaza. Seorang jurucakap tentera memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya tiga roket mengenai selatan Israel semalaman, dan dua lagi dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome (Kubah Besi). Kelmarin, adalah hari paling berdarah operasi Israel sejak ia dilancarkan Rabu lalu dengan 32 orang terbunuh. - AF

dapatan dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/6lagimangsakorbanZionis/Article/

Penataran pengoperasian PBS

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Kssr from afezah

DSK PEND ISLAM KSSR THN 1

Saturday 17 November 2012

Gambia: Call On Islam


COLUMN
The Muslim calendar is named the Hijra Calendar, after the Holy Prophet's hijra or emigration to Madinah in CE 622, and dates are counted from that event. The letters AH (short for the latin Anno Hegirae) are written alongside the date.
So the year 1422 Ah will begin during the year CE 2000. Each Islamic month lasts from one full moon to the next, which makes the year 11 days shorter than the ordinary year. Because of this, festivals do not happen in the same season every year. During the year, Muslims celebrate important dates in the life of the prophet, including his birth, his last pilgrimage, his death and the first revelation of the Quran by the angel Gabriel. The festivals vary in importance in different countries, apart from the two Eids, which all Muslims celebrate.
The Lunar Calendar
Each lunar month starts when the crescent moon appears, so the Islamic month can last for 29 or 30 days. The sighting of the crescent moon is absolutely essential, because it is the only sure sign that the new month has begun. Muslim countries often have a national observatory for the sighting of the moon, where scientific methods are used to find the crescent-even on days. When the weather makes it impossible to see with the naked eye.
The news is broadcast on radio and television, and everyone has a day off to celebrate. Outside the Muslim world, special Islamic calendars help people keep track of religious dates. The other thing of the day. When Muslims in Europe fats in summer (for example during Ramadan), they cannot eat for nearly 18 hours, but in winter their fast last only nine hours.
The New Year Procession
The Muslim New Year is a sad time, unlike New Year in the Western world. It was on the tenth day of Muharram, at New Year, that the prophet's grandson Husain was killed in Karbala during a holy war. All Muslims remember this event in some way, but Shia Muslims, like these ones in Iran, mourn openly. They commemorate the Holy war in public and private gatherings.Processions are held on the tenth day of the month, the day Imman Husain was Martyred.
Tazias
BY MUHAMMED LAMIN CEESAY, 16 NOVEMBER 2012

Thursday 15 November 2012

KEMAHIRAN MEMBACA DALAM PEMBELAJARAN







KEMAHIRAN MEMBACA DALAM PEMBELAJARAN.

Membaca ditakrifkan sebagai mentafsir dan memikir tentang sesuatu simbol atau tulisan. Ia meliputi aktiviti memaham makna tulisan, penyerapan maklumat dan idea yang dihuraikan oleh seorang penulis. Dalam Islam membaca merupakan langkah utama dalam proses menuntut ilmu. Ini dibuktikan dalam wahyu yang diterima oleh Rasulullah S.A.w yang bermaksud;
"Bacalah dengan nama Tuhanmu ……….. (Al-Alaq: 1….)
Berhubung dengan proses membaca ini, penulis telah menggariskan beberapa teknik dan tatacara membaca secara terperinci seperti berikut;
  1. Sediakan semua peralatan yang akan digunakan untuk tujuan membaca.
  2. Sediakan dengan secukupnya bahan yang akan dibaca.
  3. Elakkan daripada sebarang gangguan dan wujudkan suasana yang selesa.
  4. Tetapkan tajuk yang hendak dibaca.
  5. Tetapkan jumlah muka surat yang hendak dibaca.
  6. Tetapkan jumlah masa yang hendak digunakan untuk membaca.
  7. Duduklah dengan cara yang betul dan selesa.
  8. Tumpukan perhatian dan fikiran terhadap bahan bacaan.
  9. Mulakan dengan berdoa untuk mendapat keberkatan.
  10. Gunakan satu penunjuk seperti pensil dan sebagainya.
  11. Ketika membaca buat catatan isi penting.
  12. Ambil perhatian khas tentang jadual, rajah, data dan symbol

dipetik dari anuar2u.com


TIPS PENGURUSAN MASA


Dipetik daripada anuar2u.com




PENGURUSAN MASA

Setiap manusia amnya dan umat Islam khasnya diwajibkan menguruskan dan menggunakan masa dengan cara yang paling sempurna, optimum dan berkesan. Oleh itu terdapat banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menggesa dan menyarankan agar semua umat Islam berbuat demikian. Antaranya seperti maksud ayat di bawah;
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." (Al-`Ashr: 1-3)
HARGA DAN KEPENTINGAN MASA KEPADA MANUSIA.
Sehubungan dengan perkara itu , Profesor Yusof al-Qurdhwi menyatakan bahawa: Masa merupakan harta manusia yang paling berharga.Orang yang membuang masa dengan percuma sebenarnya menganiaya dirinya sendiri.
Imam Al- Banna pula berpesan; "Janganlah kamu habiskan masa kamu dan saudaramu pada perkara yang tidak memberi faedah,"Harta benda, wang ringgityang hilang boleh dicari ganti tetapi masa yang hilang masakan dapat dicari ganti. Oleh itu setiap pelajar janganlah hendaknya suka membuang masadan suka bertangguhdaripada memulakan atau melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran. Bagi pelajar yang suka bertangguh mereka sebaiknya membaca dan meneliti dan mengambil pelajaran hadis Nabi berikut yang bermaksud; "Jika Qiamat akan berlaku dan ditangan kamu pada masa itu ada benih kurma dan jika kamu masih sempat menanamnya maka hendaklah kamu menanamnya".
Pengajaran dari hadis di atas ini jelas menunjukkan bahawa jika anda mempunyai kesempatan atau peluang maka hendaklah anda merebut dan mempergunakan peluang dan kesempatan itu dengan sebaik mungkin tanpa berlengah atau bertangguh lagi.
Pelajaran dan masa
Sebagai seorang pelajar, masa merupakan salah satu faktor terpenting yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Dengan adanya masa akan membolehkan seseorang pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dan aktiviti yang berfaedah yang boleh menjamin kearah kebahagiaan masa depan mereka. Sehubungan dengan itu, masa merupakan satu modal atau saham yang sangat berharga kepada seseorang pelajar. Oleh yang demikian, pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka baik di dunia dan akhirat haruslah bijak menguruskan masa yang mereka punyai.
Teknik menguruskan masa belajar
Di antara cara yang boleh dilakukan bagi menguruskan masa dengan cara yang baik, berkesan dan sempurna ialah dengan membuat jadual waktu. Jadual waktu ini bukanlah jadual waktu mingguan yang tetap seperti yang disediakan dan boleh dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini. Ia merupakan satu senarai aktiviti yang perlu anda lakukan untuk hari itu atau hari esok. Senarai ini mestilah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran anda seperti kerja rumah yang perlu disiapkan, mata pelajaran hari ini dan esok dan kerja-kerja lain yang perlu anda lakukan.Perlu diingatkan bahawa kelemahan mempunyai sebuah jadual waktu mingguan yang tetap sebagaimana yang dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini ialah terlalu sukar untuk melaksanakan kerana keadaan yang rigit dan tidak mengambil kira aktiviti penting semasa.
Kepentingan jadual waktu
Bagi memberikan kesedaran dan galakankepada setiap pelajar agar melakkukan pengurusan masaberkesan dan membuat jadual waktu, berikut diberikan perbincangan ringkastentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu.Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yangpelajar akan perolehi apabila mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran. Antaranya ialah:
  1. Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.
  2. Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.
  3. Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum.
  4. Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
  5. Dapat melatih mendisplinkan diri pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna.
  6. Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka menjadi seorang yang serba boleh.
  7. Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.
  8. Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.
  9. Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
  10. Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu.
Penyusunan jadual waktu yang disediakan agar mencapai tujuannya hendaklah jadual itu mempunyai ciri-ciri yang baik dan sempurna. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah;
  1. Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
  2. Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
  3. Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
  4. Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
  5. Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
  6. Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diulangkaji atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar.
  7. Susun mata pelajaran yang perlu diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
  8. Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya.
  9. Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
  10. Jangan lupa masa rehat juga perlu difikirkan.
Jenis jadual waktu yang perlu disediakan.
Terdapat berbagai-bagai jenis jadual waktu yang perlu disediakan oleh seseorang pelajar, sesuai dengan tujuan mengapa mereka pergi ke sekolah. Antaranya termasuklah;
  • Jadual waktu tahunan ( rancangan untuk aktiviti setahun)
  • Jadual waktu mingguan ( rancangan untuk aktiviti seminggu )
  • Jadual waktu harian ( rancangan untuk aktiviti setiap hari )
Menyediakan jadual waktu tahunan.
Antara bahan utama yang boleh dijadikan panduan untuk menyediakan jadual waktu tahunan ialah takwim sekolah. Mintalah bantuan dari guru kanan sekolah, guru penasihat sekolah untuk mendapatkan takwim tahunan sekolah anda.
Tujuan menyediakan jadual waktu tahunan ialah untuk;
  • Menyedari dan mengetahui jenis aktiviti yang akan dijalani sepanjang tahun. Ia boleh dijadikan untuk menentukan bila ada sukan , ujian, peperiksaan dan sebagainya. Bila aktiviti ini dapat ditentukan maka boleh anda membuat persediaan lebih awal.
  • Memperingati diri anda tentang tugas dan tanggungjawab yang perlu dihadapi dan dilakukan sepanjang tahun.
Persediaan membuat perancangan dan tindakan tahunan anda.
Cara menyediakan jadual waktu mingguan dan harian.
Bagi tujuan menyediakan jadual ini senaraikan aktiviti yang perlu dimasukkan dalam jadual waktu mingguan. Aktiviti tersebut mestilah sesuai dan selaras dengan aktiviti pembelajaran anda pada minggu tersebut. Aktiviti itu termasuklah;
  • Senaraikan mata pelajaran sekolah yang anda akan pelajari untuk menghadapi peperiksaan.
  • Aktiviti ko-kurikulum yang akan anda jalani.
  • Aktiviti persendirian anda seperti beribadat, berihat, menolong keluarga dan sebagainya.
Dalam masa anda merancang untuk menyediakan jadual waktu mingguan dan harian ini adalah dicadangkan agar anda mengambil kira, iaitu;
  • Aktiviti yang dirancang untuk dilakukan sebelah petang mestilah mempunyai kaitan dengan aktiviti sebelah pagi dan untuk hari esok, iaitu seperti menyelesaikan kerja rumah, menyemak nota yang baru diterima daripada pengajaran hari itu dan sebagainya.
  • Aktiviti sebelah malam mestilah bersesuaian dengan aktiviti untuk hari esok, seperti membuat persedian awal, mengulang kaji pelajaran lepas dan sebagainya.
Tujuannya;
  • Membuat bacaan atau persediaan awal tentang tajuk yang akan dipelajari esok pagi.
  • Memahami cara kerja amali yang akan dilakukan.
  • Memahami pengajaran pada hari itu.
  • Menyelesaikan kerja rumah dan sebagainya.
  • Hari Sabtu dan Ahad (hujung minggu)
  • Masa untuk buat ulangkaji pelajaran yang telah dipelajari tahun lepas, semester lepas, minggu lepas, atau membuat latihan menjawab soalan peperiksaan lepas.
Manfaatkan masa lapang
Terdapat lebihan masa yang biasanya disia-siakan tetapi ianya boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar. Masa yang singkat-singkat ini dikenali sebagai sela masa. Antaranya ialah;
  1. Semasa menunggu kenderaan.
  2. Semasa menaiki kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah ke tempat belajar.
  3. Semasa menunggu pengajar datang memberi pengajaran setiap hari.
  4. Semasa menunggu kelas amali dimulakan.
  5. Masa rehat yang berlebihan
  6. Semasa menunggu masa makan pagi, tengahari, petang dan malam.
  7. Masa antara kuliah.
  8. Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa.
  9. Membaca bacaan awal atau sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar sebelumnya atau tajuk yang akan diajar oleh guru.
  10. Membaca nota ringkas, nota neumonik, formula, melihar gambarajah dan sebagainya.
  11. embaca nota kecil yang mudah dibawa.
  12. erbincang dengan rakan tentang sesuatu tajuk.
  13. Membaca atau menyemak nota yang baru diterima.
  14. Sesuai untuk berbincang mengenai persatuan yang anda sertai.
  15. Tindakan selanjutnya.
  16. Menentukan jumlah masa dan menyediakan jadual ini merupakan perkara yang mudah dan bagi semua pelajar. Namun
  17. apa yang selalu mendatangkan masalah kepada pelajar ialah untuk melaksanakannya dan inilah perkara yang paling besar rumit dihadapi oleh pelajar.
Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi ialah:
  • Berdoa kehadrat Allah s.w.t. agar mampu melakukannya.
  • Berniat dengan bersungguh untuk melakukannya.
  • Keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
  • Ketabahan dan kesabaran untuk melakukan dan berkorban.
  • Sentiasa berfikir dan menyedari kesan buruk jika gagal menguruskan masa dengan baik.
  • Menilai dan mengingat kembali objektif, niat dan tujuan asal membuat jadual waktu dan melakukan proses pembelajaran setiap hari.
  • Elakkan suka bertangguh.
  • Jika anda rasa malas, ingatkan semula matlamat dan tujuan anda belajar ke sekolah


Sunday 11 November 2012

RUKUN ISLAM


1.  MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
Makna "La ilahaIllallah"Iaitu, tidak ada yang berhak disembah secara hak dibumi mahupun dilangit melainkan Allah semata-mata. "TiadaTuhanSelain ALLAH"
   
 1.1 Syahadat “Muhammad Rasulullah” Makna syahadat  Muhammad Rasulullah adalah mengetahui dan meyakini bahwa Muhammad utusan Allah kepada seluruh manusia, dia seorang hamba biasa yang tidak boleh disembah, sekaligus rasul yang tidak boleh didustakan. Akan tetapi harus ditaati dan diikuti. Siapa yang mentaatinya masuk syurga dan siapa yang menderhakainya masuk neraka.
   
 1.2. DALIL NAQLI“Berdoalah kepada-Ku, nescaya Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku (yakni berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka dalam keadaan hina dina (Al Mukmin : 60)”
    
 2. SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Merupakan satu interaksi antara  Allah dengan seorang muslim dimana ia bermunajat dan berdoa kepada-Nya. Juga untuk menjadi satu pencegah bagi seorang muslim dari perbuatan keji dan mungkar sehingga iamemperoleh kedamaian jiwa dan badan yang dapat membahagiakannya didunia dan akhirat.
   
 2.1  DALIL NAQLI"Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman (An Nisa: 103)”
   
 3. PUASA PADA BULAN RAMADHAN
Seorang muslim berniat puasa sebelum waktu subuh (fajar). Kemudian menahan diri dari makan, minum dan jima’ (hubungan lain jenis) hingga terbenamnya matahari kemudian berbuka. Ia kerjakan hal itu sepanjang bulan Ramadhan. Dengan itu ia menghendaki redha Allah ta’aladan beribadah kepada-Nya.
   
 3.1  Dalam puasa terdapat beberapamanfaat tak terhingga. Di antaranya :

3.1.1. Merupakan ibadah kepada Allah dan menjalankan perintah- Nya. Seorang hamba meninggalkan syahwatnya, makan dan minumnyademi Allah. Hal ini merupakan diantara yang terbesar mencapai taqwa kepada Allah ta’ala.

3.1.2. Manakala manfaat puasa dari sudut kesihatan, ekonomi, social sangat banyak. Tidak dapat diketahuinya selain mereka yang berpuasa atas dorongan akidah dan iman.
   
 4. ZAKAT
Nisbah emas sebanyak 20 mitsqal- Nisbahp eraksebanyak 200 dirham atau mata wang kertas yang senilai dengannya.- Barang-barang dagangan yang telah cukup nisbahnya, hendaklah dikeluar kan zakat darinya.- Kadar zakat bagi emas, perak dan barang-barang dagangan ialah  2.5 % setiap tahun. – Manakala biji-bijian dan buah-buahan 10 % dari hasil tanamannya.

 5. HAJI

Dalam ibadah haji terdapat banyak manfaat :
Pertama, haji merupakan ibadah kepada Allah ta’ala darisegi ruh, badan dan harta.
Kedua, ketika musim haji kaum muslimin dari seluruh negara, dapat berkumpul dan bertemu disatu tempat. Mereka mengenakan pakaian dan menyembah Allah dalam satu waktu yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemimpin dan yang dipimpin, kaya mahupun miskin, kulit putih mahupun kulit hitam. Semua merupakan makhluk dan hamba Allah. Kaum muslimin dapat bertaaruf  (salingkenal) dan taawun (saling tolong-menolong). Mereka sama-sama mengingat pada hari Allah membangkitkan mereka dan mengumpulkan mereka dalam satu tempat untuk dihisab (penghitungan amal) sehingga mereka mempersiapkan diri untuk kehidupan setelah mati dengan mengerjakan ketaatan kepada Allah ta’ala.
                                                                                 شكرا جزيلا

Monday 5 November 2012

DOA UNTUK IBU DAN BAPA


DUA HARI YANG TERBAIK MENURUT RASULULLAH

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud:

"Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha."

(Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Sunday 28 October 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2011



Majlis Khatam 2012 akan datang pada 1 November 2012 dengan penyertaan seramai 15 orang murid..

Sunday 14 October 2012

ISLAM

From Wikipedia, the free encyclopedia
Islam is a monotheistic and Abrahamic religion articulated by the Qur'an, a text considered by its adherents to be the verbatim word of God ( ) and by the teachings and normative example (called the Sunnah and composed of Hadith) of Muhammad, considered by them to be the last prophet of God. An adherent of Islam is called a Muslim.
Muslims believe that God is one and incomparable and the purpose of existence is to love and serve God. Muslims also believe that Islam is the complete and universal version of a primordial faith that was revealed at many times and places before, including through Abraham, Moses and Jesus, whom they consider prophets. They maintain that previous messages and revelations have been partially changed or corrupted over time, but consider the Qur'an to be both the unaltered and the final revelation of God. Religious concepts and practices include the five pillars of Islam, which are basic concepts and obligatory acts of worship, and following Islamic law, which touches on virtually every aspect of life and society, providing guidance on multifarious topics from banking and welfare, to warfare and the environment.

Tuesday 9 October 2012

Ibu Bapa Tetap No 1 Selepas Allah dan Rasul

http://www.j-qaf.net/modules/AMS/article.php?storyid=4

Syukur....

Sudah Menjadi Lumrah Ramai Yang Bersyukur Bila Mendapat Nikmat Yang Besar... Namun Tidak Ramai Yang Menunjukkan Tanda Syukur Bila Beroleh Nikmat Yang Kecil, Kerna Mereka Seperti Tidak Pernah Menyangka Bahwa Ada Orang Lain Yang Tidak Beroleh Nikmat Itu Pun Masih Bersyukur...♥